Popular Posts

Friday, January 1, 2016

Tuan Homestay

Homestay Kesidang Lia di Bandar Melaka Selesa dan Murah


Kesidang Lia Homestay di Bandar Melaka menyediakan homestay yang selesa dan murah serta dekat dengan bandar. Sekiranya anda memerlukan homestay di bandar Melaka berhampiran dengan Bandar Hilir dan Klebang, hubungi kami untuk pertanyaan lanjut. Kadar harga sewa homestay kami masih lagi kekal murah dengan kemudahan yang serba lengkap.


Kadar sewa homestay

1.   RM190.00 untuk hari biasa
2.   RM190.00 untuk hujung minggu
3.   RM190.00 untuk cuti umum dan cuti sekolah
4.   RM250.00 untuk untuk rombongan sekolah

*  tidak ada tambahan harga untuk toto dan bantal tambahan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kesidang Lia Homestay di Melaka ini boleh lah hubungi saya seperti berikut:

tel/whatsapp - 017-9527363 / 0196507363
email - muhalith@gmail.com
fb - http://facebook.com/kesidanghomestay
twitter - http://twitter.com/muhalith
Google page - https://plus.google.com/u/0/b/111714711111174455070/+HomestayKesidangMelaka/posts Lokasi homestay kami adalah:

163B, Jalan Kesidang 2/13
Taman Kesidang Seksyen 2,
75200 Melaka.

gps koordinat: 2.216179,102.234173

Berikut adalah kemudahan yang kami sediakan di homestay kami.

1.   3 bilik tidur yang selesa


Master bedroom
Bilik 2
Bilik 3

2.  Ruang tamu yang luas





3.   Dapur yang luas dan lengkap



4.   Tempat letak kereta yang mencukupi



Read More

Tuesday, December 15, 2015

Tuan Homestay

Muzium Orang Asli di Ayer Keroh, Melaka

"Aborigines Museum" by Chongkian - Karya sendiri. 
Muzium Orang Asli terletak bersebelahan Taman Buaya, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 3 Februari 1997. Muzium ini ditubuhkan untuk mempamerkan warisan serta sosio-budaya masyarakat orang asli khususnya di negeri Melaka dan Malaysia amnya. Selain itu untuk mempamerkan cara hidup serta alat-alat yang digunakan sebagai keperluan harian antaranya ukiran patung, pakaian, alat memasak dan sebagainya. Dan juga untuk memelihara dan menjaga warisan budaya serta pusaka orang asli yang kian pupus ditelan arus pembangunan.


Muzium di Melaka ini mengkhusus kepada memperagakan bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti Senoi, Jah Hut dan Mah Meri.

Terdapat lebih 5 buah galeri dan tema dipaparkan di Muzium ini seperti kaedah-kaedah menangkap ikan, peralatan pertanian, ruang dapur dan bilik tidur serta senjata-senjata yang digunakan. Antara bahan tarikan ialah peralatan di rumah, alat pemburuan, upacara sewang dan sebagainya. Muzium terbaik untuk memperkenalkan corak hidup dan kepercayaan masyarakat yang menyimpan seribu satu misteri.

Pada asalnya Muzium Orang Asli ini  terletak di dalam Hutan Rekreasi Ayer Keroh di bawah pengawasan jabatan Perhutanan sebelum dipindahkan ke sebuah tapak baru bersebelahan Taman Buaya oleh Perbadanan Muzium Melaka pada Disember 1996 bagi meningkatkan sambutan orang ramai. Muzium ini diadaptasikan dari replika rumah orang asli yang terdapat di negara ini.

Muzium ini di buka dari jam 9 pagi - 5.30 petang (Ditutup pada hari Isnin) dan bayaran masuk adalah RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak


Read More
Tuan Homestay

Medan Ikan Bakar Alai di Melaka


Negeri Melaka cukup terkenal dari soal makan hingga tempat pelanconganya yang cantik. Ramai dari tetamu kami di Homestay Kesidang di bandar Melaka yang bertanyakan medan ikan bakar yang terbaik di Melaka. Kalau nak ikutkan semua medan ikan bakar di Melaka memang terbaik tetapi kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai medan ikan bakar Alai atau Crystal Bay.

Lokasi Medan Ikan Bakar Alai


Medan ikan bakar Alai terletak di area Sungai Punggor. Nak senang boleh masuk ikut Crystal Bay. Kalau dari Bandar Hilir anda boleh ikut jalan Padang Temu yang akan mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan, tetapi jika melalui AMJ masa perjalanan lebih pendek iaitu kira-kira 19 minit sahaja walaupun jaraknya lebih panjang.


Kalau dari tol Ayer Keroh, anda boleh ikut Jalan Tun Hamzah yang akan memakan masa lebih kurang 30 minit perjalanan. Anda juga boleh ikut Jalan Ayer Keroh kemudian masuk ke AMJ dan akan mengambil masa lebih kurang 33 minit untuk ke destinasi.




Kemudahan Tempat Letak Kereta

Tempat letak kereta agak kritikal terutama di hujung minggu dan cuti umum. Parkir yang disediakan agak terhad dan sekiranya penuh anda terpaksa meletak kenderaan di kawasan perumahan Crystal Bay.

Kalau nak dapat parking yang dekat dengan medan ikan bakar, anda perlu dating lebih awal. Kalau tak terpaksalah parking jauh sikit dari medan. Dan pastikan anda tidak menghalang lalulintas ketika meletak kenderaan.

Pilihan Juadah.

Terdapat lebih dari sebuah kedai ikan bakar di situ. Bermacam-macam pilihan yang ada, ikan dan makanan laut yang segar dan yang baru naik dari laut katanya. Oleh kerana masa menunggu yang agak lama sebelum hidangan utama iaitu ikan bakar sampai, anda boleh pekena otak-otak yang sedap sebagai pembuka selera.

Untuk membuat tempahan boleh berhubung dengan mereka.

Homestay di Bandar Melaka


Read More

Wednesday, December 2, 2015

Tuan Homestay

500 Gerai Di Buka Di Showcase Satu Daerah Satu Industri 2015 di MITC Melaka

Sebanyak 500 gerai jualan dan pameran dijangka dibuka sepanjang Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2015 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selama empat hari bermula 3 Dis ini.


Showcase bertemakan perniagaan dalam talian itu akan melibatkan pelbagai sektor perniagaan dan perkhidmatan dari 14 negeri. Showcase tersebut akan diubah kepada lima cluster perniagaan berbanding 14 pavilion yang mewakili setiap negeri di Malaysia sebelum ini. Antaranya ialah kluster makanan dan minuman, kluster homestay, kluster kraf tangan, kluster produk, kluster perkhidmatan kesihatan dengan setiap kluster mempamerkan produk dari 14 negeri

Gerai menjual makanan dari 14 negeri
Usahasama akan dijalinkan dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan beberapa agensi berkaitan dengan perniagaan dalam talian pada pameran tersebut bagi membimbing dan memberi pendedahan kepada usahawan tentang kepentingan memperluaskan perniagaan mereka melalui medium dalam talian

Buat kali pertama, pembeli dari China, Taiwan, negara ASEAN, Asia Barat dan Asia Timur telah dibawa oleh penganjur untuk mengunjungi showcase ini supaya mereka berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut produk dan perkhidmatan usahawan-usahawan tempatan. 

SDSI terbuka kepada semua jenis perniagaan dan tidak terhad kepada perniagaan dalam talian. SDSI akan melibatkan semua agensi di bawah MITI termasuk  Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME Corporation Malaysia (SME Corp), SME Bank dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Read More

Monday, November 30, 2015

Tuan Homestay

Menara Taming Sari di Bandar Hilir, Melaka

Menara Taming Sari 




Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit  dan ia merupakan menara pertama di negara ini yang mempunyai struktur berputar sepenuhnya. Kabin tinjau yang dilengkapi penghawa dingin ini mampu memuatkan 80 pelawat pada satu masa.  

Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka telah dibuka pada 18 April 2008. Menara tinjau setinggi 110 meter ini telah direkabentuk berdasarkan pada legenda Keris Taming Sari. Pastinya dengan keindahan  Selat Melaka yang luas serta pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan mereka tidak akan mudah dilupakan serta meninggalkan kenangan. Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan.


Ia akan menjadi menara pertama di negara ini yang mempunyai struktur berputar sepenuhnya. Kabin tinjau yang dilengkapi penghawa dingin ini mampu memuatkan 66 pelawat pada satu masa. 


Read More

Wednesday, November 25, 2015

Tuan Homestay

Muzium Islam di Bandar Hilir, Melaka

Merupakan antara tempat menarik diMelaka yang sering dikunjungi pelancong. Muzium ini terletak di Jalan Kota, berhadapan ibu pejabat Polis Pelancong dan hanya beberapa minit berjalan kaki dari TheStadthuys. Muzium ini terletak di bangunan tiga tingkat yang dibina pada tahun1850 dan telah diwartakan sebagai antikuiti dibawah Akta Antikuiti 1976.


Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran yang mempunyai temanya yang tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.


"Malacca Islamic Museum - Exhibition" by Chongkian - Own work. Licensed under CC BY-SA 4.0 via Commons - https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Malacca_Islamic_Museum_-_Exhibition.JPG#/media/File:Malacca_Islamic_Museum_-_Exhibition.JPG

Terdapat juga kitab suci Al-Quran yang bersaizbesar dimana setiap hurufnya adalah sebesar empat hingga lima inci. Selain itu terdapat salinan Al-Quran dalam bahasa Mandarin dan Al-Quran yang ditulis tangan.Terdapat juga buku-buku yang diterbitkan mengenai Islam dipamerkan di muzium ini.

Di salah satu ruang pameran, terdapat artifak Islam seperti kotakmempamerkan keris yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran, wang syiling dansenjata yang diukir dengan kaligrafi khat dan ayat-ayat suci Al-Quran.


Read More

Tuesday, November 24, 2015

Tuan Homestay

River Cruise Sungai Melaka Antara Tempat Menarik di Bandar Melaka Mesti Di Lawati

KALAU dahulu ia hanyalah sebatang sungai yang tercemar dengan sisa kumbahan dan sampah, namun kini sungai Melaka menjadi destinasi popular yang mesti dilawati apabila berkunjung ke negeri ini.


Keindahan dan kebersihan serta suasana damai dengan lanskap dan laluan siar kaki di sungai yang mengalir di tengah-tengah kawasan bangunan warisan dan moden, membuatkan ramai yang terpegun dan teruja dengan kegigihan kerajaan negeri Melaka mengubah imej sungai ini.



Potensi sungai Melaka sebagai aset pelancongan terserlah di sepanjang 4.5 kilometer dari Jambatan Hang Jebat di Taman Rempah hingga ke muaranya di Bandar Hilir, semuanya menjadi kenyataan di bawah projek pengindahan Sungai Melaka yang melibatkan kos lebih RM300 juta, termasuk pembinaan loji rawatan air dan baraj untuk menjernihkan air dan mengawal paras air sungai itu.

Pembangunan di kedua-dua tebing sungai itu rancak dijalankan termasuk pembinaan hotel, restoran dan kedai cenderahati, dengan satu impian menjadikan sungai Melaka seperti Sungai San Antonio di Amerika Syarikat yang terkenal dengan keindahan dan kebersihannya.

Adalah tidak lengkap berkunjung ke Melaka sekiranya tidak singgah ke sungai Melaka terutamanya untuk menyusuri sungai itu dengan menaiki bot Melaka River Cruise.


Dalam tempoh 45 minit perjalanan pergi-balik, mereka yang menaiki bot Melaka River Cruise akan diberi penerangan mengenai produk pelancongan yang terdapat di sepanjang laluan termasuk kampung Morten, sebuah perkampungan Melayu yang masih mengekalkan rumah tradisional Melaka di tengah-tengah Bandaraya Warisan Dunia.

Read More