Tuesday, November 24, 2015

Tuan Homestay

Tempat Menarik Untuk Di Kunjungi di bandar Hilir - Dataran Pahlawan

Hanya kira-kira 6 km dari Homestay Kesidang Lia di Bandar Melaka, jangan lepaskan peluang untuk melawat dataran Pahlawan di bandar Hilir. Dataran ini merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956. Di hadapan dataran ini terdapat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Perhimpunan ini merupakan suatu perhimpunan yang paling bersejarah bagi negara kita. Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Dalam perhimpunan itu, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.
Photo used under Creative Commons from mynikfoto
Di bawah dataran terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall yang antara lainnya terdapat sebuah panggung wayang, Golden Screen Cinemas. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu Hotel Equatorial Melaka.  Kota A Famosa dan Menara Taming Sari juga terletak berhampiran dataran ini. 

Tuan Homestay

About Tuan Homestay -

HOMESTAY KESIDANG DI BANDAR MELAKA.. Kami menyediakan homestay yang selesa, murah dan dekat dengan tempat pelancongan terutama di Bandar Melaka, bandar Hilir dan Klebang. Hubungi saya melalui Tel/Whatsapp 019-6507363 untuk maklumat lanjut atau tempahan.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner